Followers

Friday, May 20, 2011

Perawatan Kesihatan

Rawatan kesihatan boleh dilakukan dengan cara penyiraman yang teratur, penyusunan medium tanaman dan pencantasan bahagian tanaman yang sakit.Penyiraman hanya perlu dilakukan apabila medium dan akar anggerik mula kering.Kita juga harus memastikan supaya tiada takungan di dalam psu tanaman kerana ia akan menyebabkan gangguan pada anggerik.Kekerapan dan jumlah siraman perlulah disesuaikan mengikut keadaan persekitaran.Pada musim hujan anggerik tidak perlu disiram, tetapi pada musim kemarau anggerik perlulah disiram secukupnya.Air yang sesuai untuk penyiraman anggerik haruslah mempunyai tahap keasidan (pH) sekitar 5-6.

Penyusunan medium tanaman tidak boleh terlalu padat kerana ia akan mengganggu proses kemasukan angin dan sistem pengaliran.Medium tanaman yang terlalu lama digunakan hendaklah diganti untuk mengelakakn kulat.Medium yang lama masih boleh digunakan dengan syarat ia telah dibersihkan secukupnya.Pembersihan medium boleh dilakukan dengan cara merebusnya di dalam air mendidih selama 30 minit.

Bahagian tanaman yang sudah terkena penyakit dan sukar disembuhkan hendaklah segera dipotong dan dibakar.Pemotongan haruslah menggunakan peralatan yang tajam, bersih dan sudah diseteril.

No comments:

Post a Comment