Followers

Friday, December 31, 2010

Diantara bunga yang mempunyai ukuran terbesar



Jom kita cuci mata di Pameran Anggerik Satu Malaysia




















Thursday, December 16, 2010

Memilih dan Membeli Semaian Anggerik Berkualiti


Semaian anggerik yang terdapat di pasaran berupa semaian seedling, komplot, tanaman muda, tanaman berbunga atau semaian dalam botol (kultur jaringan). Kualiti semaian sangat mempengaruhi kualiti anggerik yang ditanam.Oleh kerana itu, sebelum membeli semaian, harus diperhatikan keadaan dan kesihatannya terlebih dahulu.Berikut merupakan ciri-ciri semaian yang baik dan berkualiti :

  • Warna daun hijau sederhana, berkilat dan polos tanpa bintik-bintik.
  • Memiliki batang atau umbi semu yang gemuk, kuat dan polos tanpa bintik-bintik.Hindari daripada membeli semaian yang umbi semunya berkerut kerana ia menandakan semaian kekurangan air.
  • Memiliki banyak anak pokok baru (untuk anggerik simpodial).
  • Memiliki bekas tangkai bunga lebih banyak.Keadaan ini menandakan semaian rajin berbunga.
  • Bertangkai bunga yang kukuh.
  • Kuntum bunga dalam keadaan separuh mekar dan kukuh (tepi bunga tidak berkerut).
  • Batangnya kukuh tertanam di dalam pasu.
  • Periksa medium tanamannya.Hindarkan daripada memberi semaian yang menggunakan medium tanaman yang terlalu kotor dan dipenuhi hama.
  • Perhatikan juga tangka bunganya, adakah memang bunga asli atau bunga potong yang ditancapkan.Ada penjual anggerik yang menipu pelanggan dengan menancapkan bunga potong pada anggerik sebenar yang belum berbunga, dengan niat agar nilai jualannya lebih tnggi.

Anggerik di Kampung









Ini adalah anggerik yang saya tanam di kampung Alor Gajah,Melaka.Kesemua anggerik liar saya biakkan di pokok mangga ni...saja nak  bagi nampak natural.Kesemuanya ada 10 pokok yang terdiri daripada Vanda, Oncidium, Cymbidium, Dendrobium, Bulbophyllum dan Rhynchostylis.

Tuesday, December 14, 2010

Butik Jari Jemariku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Entry saya pada kali ini mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan entry-entry saya yang sebelum ini iaitu berkenaan dengan rekaan-rekaan tudung terkini yang menarik. Ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz dan sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan yang sudah berusia. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah klik disini.

Antara rekaan-rekaan tudung yang boleh didapati di Jari Jemariku Boutique ini.






Sunday, December 12, 2010

Hjh. Aishah.....tak cukup2 lagi...


Berhabis ribuan ringgit...perkara biasa bagi peminat2 tegar anggerik..he..he...yang penting kita merasa puas dan dalam masa yang sama dapat merehatkan minda..

Koleksi Terbaru








Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang sangat kecil,ia tetap memukau kerana anggerik jenis ini tidak mempunyai batang dan daun.Makanan disimpan didalam akar dan hanya memerlukan ruang yang kecil untuk membiak.Anggerik jenis ini mempunyai pelbagai warna lain yang menarik seperti hijau muda,coklat,merah hati,kuning dan putih.Setakat ni baru ader 2....coming soon..he.he

Thursday, November 25, 2010

Kecil,wangi dan menarik











Anggerik ibu mertuaku ni baru berbunga..tapi tak tau pulak dari jenis aper...bunga kecil tetapi mempunyai ratusan kuntum dalam satu tangkai...mempunyai bau yang harum semerbak...mempunyai 7 tangkai bunga yang keluar secara berturut-turut..saper yang tau...bagitau la yerr...senang nak tag...tq

Monday, November 15, 2010

Bunga plastik ke?



Anggerik ni adalah salah satu koleksi Datin Seri Noraini yang menetap di Alor Star,Kedah.Dari jauh seolah2 gubahan bunga plastik kerana pokok ini mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu.Lupa pulak nak tanya....pakai baja aper..Bunga anggerik ini mempunyai tarikan tersendiri kerana ia terdiri daripada 4 warna merah jambu,unggu,putih dan kuning.Anggerik ini dari jenis Spathoglottis atau kebiasaannya disebut orkid pinang...mungkin kerana rupabentuk daunnya...kebiasaannya anggerik jenis ini ditanam menggunakkan tanah..berbeza dari jenis anggerik yang lain yang kebiasaannya menggunakan bata,arang,sabut dan pecahan pasu.Bunga yang ada di perkarang rumah bukan sahaja menarik perhatian tetamu yang datang....ia juga menjadikan tempat untuk kita menghilangkan penat dan tekanan selepas sibuk dengan urusan harian... apatah lagi apabila semua anggerik yang ditanam menghasilkan bunga yang menarik dan menyegarkan. 

Sunday, November 14, 2010

Orkid mak mertuaku lagi...







Anggerik milik Hjh. Aishah dah 2 kali berbunga berturut2...tapi jenisnya saya tak tahu...bagi yang tau tu..tlg2 ler...bagitau.Bunganya mempunyai penampilan warna dan bentuk yang sangat menarik dan unik...satu ciptaan Tuhan yang cukup indah.