Followers

Thursday, November 25, 2010

Kecil,wangi dan menarik











Anggerik ibu mertuaku ni baru berbunga..tapi tak tau pulak dari jenis aper...bunga kecil tetapi mempunyai ratusan kuntum dalam satu tangkai...mempunyai bau yang harum semerbak...mempunyai 7 tangkai bunga yang keluar secara berturut-turut..saper yang tau...bagitau la yerr...senang nak tag...tq

Monday, November 15, 2010

Bunga plastik ke?



Anggerik ni adalah salah satu koleksi Datin Seri Noraini yang menetap di Alor Star,Kedah.Dari jauh seolah2 gubahan bunga plastik kerana pokok ini mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu.Lupa pulak nak tanya....pakai baja aper..Bunga anggerik ini mempunyai tarikan tersendiri kerana ia terdiri daripada 4 warna merah jambu,unggu,putih dan kuning.Anggerik ini dari jenis Spathoglottis atau kebiasaannya disebut orkid pinang...mungkin kerana rupabentuk daunnya...kebiasaannya anggerik jenis ini ditanam menggunakkan tanah..berbeza dari jenis anggerik yang lain yang kebiasaannya menggunakan bata,arang,sabut dan pecahan pasu.Bunga yang ada di perkarang rumah bukan sahaja menarik perhatian tetamu yang datang....ia juga menjadikan tempat untuk kita menghilangkan penat dan tekanan selepas sibuk dengan urusan harian... apatah lagi apabila semua anggerik yang ditanam menghasilkan bunga yang menarik dan menyegarkan. 

Sunday, November 14, 2010

Orkid mak mertuaku lagi...







Anggerik milik Hjh. Aishah dah 2 kali berbunga berturut2...tapi jenisnya saya tak tahu...bagi yang tau tu..tlg2 ler...bagitau.Bunganya mempunyai penampilan warna dan bentuk yang sangat menarik dan unik...satu ciptaan Tuhan yang cukup indah.

Koleksi anggerik terbaru ibu mertua ku....

Anggerik ini mempunyai daun mirip seperti pokok pinang yang mempunyai kepanjangan 3kaki.Bunganya bewarna putih dan tahan agak lama,tambahan pula bunganya tidak kembang serentak.Batang bunganya boleh mencecah ketinggian 5 kaki dan akan menghaslkan puluhan bunga secara berperingkat.Bagi Hjh. Aishah ia sangat memuaskan kerana tempoh pembungaan akan menjadi panjang melebihi 60 hari.Medium tanaman yang digunakan adalah terdiri dari kayu dan daun yang sudah reput.

Mari menanam anggerik bersama ibu mertuaku ..hjh. Aishah

Berusia 58thn ..berasal dari Kuala Ketil,Kedah....mula belajar menanam anggerik dari tahun 1974 hingga ke hari ini.Bekas seorang guru tadika kemas yang kini memiliki koleksi anggerik melebihi 200 species.


Taman Orkid Hjh. Aishah

Koleksi Anggerik isteri ku...




Diantara anggerik koleksi isteri ku yang baru berbunga... dia paling suka warna yg terang2 ..kalau dh berkenan dia terus ambil ...tpi si suami lah yg kene bayar ..he..he utk isteri tercinta, x kisah la ..janji dia hepi anggerik ni dah berbunga 2 kali.

Wednesday, November 10, 2010

My kitty catt...





Diantara koleksi anggerik yang ditinggalkan dekat rumah mak mertua ku...Kat rumah sendiri dah penuh..terpaksa lah tumpang kat kampung.


Tumpang kat kampung mak mertua pun ok gak...sebab dia  ni dah berpengalaman lebih 10 tahun dalam penanaman orkid ni...Kalau korang nak tau...dia  mempunyai lebih 200 koleksi pokok anggerik liar dan hibrid.Kire rumah mak  ni dah macam taman orkid....

Sunday, November 7, 2010

Liar tetapi menawan...





 Anggerik liar ni sangat sukar untuk ditemui.Walaupun liar, bunganya mempunyai penampilan yang sungguh menawan  .Ubi semunya bewarna merah hati manakala bunganya mempunyai tiga gabungan warna yang menarik(kuning,unggu dan merah jambu).Anggerik ini tergolong dalam kategori anggerik epifit dan tumbuh di hutan-hutan basah yang lembab.Kebanyakkan anggerik Dendrobium menyukai tempat separuh terlindung dengan tahap intensiti cahaya 50%-60%.



Dendrobium berasal daripada perkataan "dendro" yang bermaksud pokok dan "bios" pula bererti hidup.Jadi, Dendrobium bermaksud anggerik yang tumbuh pada pokok yang masih hidup.Anggerik ini memiliki kira-kira 1400 spesies yang tersebar meluas di seluruh dunia, iaitu dari Semenanjung Malaysia, Jepun, Cina, India, Indonesia, Pulau Papua hinggalah ke Australia.

Oh bellina ku....


Anggerik ini diperolehi dari sebuah nurseri di Alor Gajah, Melaka.Ia mempunyai keistimewaan dari segi warna yang terang dan baunya yang harum semerbak.Kebiasaanya ia akan menghasilkan bunga sebanyak 1-4 kuntum sahaja bergantung kepada penjagaan, kawasan tanaman, dan baka anggerik itu sendiri.





Selama ini,Phalaenopsis dianggap sebagai anggerik yang terindah.Phalaenopsis berasal dari perkataan "phale" yang bererti kupu-kupu dan "opsis" bererti menyerupai.Jadi, anggerik Phalaenopsis bererti anggerik yang menyerupai kupu-kupu.Phalaenopsis tumbuh di kawasan panas dengan suhu pada waktu malam adalah 19-21'C dan waktu siang sekitar 27-31'C pada ketinggian 400-1300 m dpl.Phalaenopsis memerlukan kelembapan yang tinggi iaitu antara 70-80%.Phalaenopsis merupakan anggerik yang tidak memiliki umbi semu, tetapi mempunyai daun yang cukup tebal untuk menyimpan makanan.Akarnya pula akan melekat kuat pada pokok-pokok atau di tempat tumbuhnya.

Saturday, November 6, 2010

Akhirnya berbunga...





Anggerik ini berasal dari hutan dataran rendah di Terengganu, Malaysia.Setelah 3 bulan menunggu....akhirnya berbunga.Jika dijaga dengan baik, bunganya boleh tahan sehingga 3-4 minggu.Melihat ukuran, bentuk dan warna, anggerik ini mempunyai penampilan yang sangat unik dan menarik.
Sebahagian besar anggerik Paphiopedilum adalah anggerik tanah dan sebahagian lainnya merupakan anggerik epifit yang melekat di cabang-cabang pokok.Anggerik ini sangat menyukai tempat-tempat yang teduh atau terlindung dan kebanyakkannya hidup di dataran tinggi.Anggerik ini juga dikenali dengan nama anggerik sandal nona atau "lady slipper" kerana bibir bunganaya yang tumbuh kelihatan seperti kantung besar yang menyerupai sebuah sandal.




Habitat Anggerik
Anggerik boleh ditemui di seluruh dunia,baik di daerah tropika mahupun subtropika, kecuali di Benua Antartika.Anggerik boleh tumbuh di dataran rendah, gurun yang kering, hutan rimba yang panas, hinggalah di dataran tinggi, termasuklah di puncak gunung yang bersalji.Di habitat asalnya, pelbagai jenis anggerik liar ini boleh hidup beradaptasi selama JUTAAN TAHUN, sehingga mampu hidup di pelbagai tempat yang berbeza.Negara yang memiliki jumlah spesies anggerik yang cukup banyak di antaranya adalah Vietnam (5,000-6,000 spesies) dan indonesia (sekitar 5,000 spesies).Sementara itu, negara lain di Asia Tenggara yang mempunyai banyak spesies anggerik adalah Myanmar (700 spesies), Malaysia (800 spesies), dan Filipina (1,000 spesies).Spesies anggerik banyak berasal dari daerah tropika kerana keadaan suhu dan cuaca sangat sesuai untuk pertumbuhan.




Asal-usul Anggerik
Anggerik berasal daripada keluarga Orchidaceae.Dalam bahasa Yunani, perkataan "orchid" berasal daripada orchis yang bermaksud testical.Pada zaman dahulu, anggerik biasanya diidentitikan dengan kewujudan lelaki,baik warna, bentuk, dan strukturnya.Anggerik juga melambangkan kesuburan dan kejantanan.Mereka beranggapan bahawa, jika memakai anggerik muda, seseorang boleh memiliki anak lelaki dan jika memakai anggerik tua pula akan melahirkan anak perempuan.