Followers

Thursday, December 16, 2010

Memilih dan Membeli Semaian Anggerik Berkualiti


Semaian anggerik yang terdapat di pasaran berupa semaian seedling, komplot, tanaman muda, tanaman berbunga atau semaian dalam botol (kultur jaringan). Kualiti semaian sangat mempengaruhi kualiti anggerik yang ditanam.Oleh kerana itu, sebelum membeli semaian, harus diperhatikan keadaan dan kesihatannya terlebih dahulu.Berikut merupakan ciri-ciri semaian yang baik dan berkualiti :

  • Warna daun hijau sederhana, berkilat dan polos tanpa bintik-bintik.
  • Memiliki batang atau umbi semu yang gemuk, kuat dan polos tanpa bintik-bintik.Hindari daripada membeli semaian yang umbi semunya berkerut kerana ia menandakan semaian kekurangan air.
  • Memiliki banyak anak pokok baru (untuk anggerik simpodial).
  • Memiliki bekas tangkai bunga lebih banyak.Keadaan ini menandakan semaian rajin berbunga.
  • Bertangkai bunga yang kukuh.
  • Kuntum bunga dalam keadaan separuh mekar dan kukuh (tepi bunga tidak berkerut).
  • Batangnya kukuh tertanam di dalam pasu.
  • Periksa medium tanamannya.Hindarkan daripada memberi semaian yang menggunakan medium tanaman yang terlalu kotor dan dipenuhi hama.
  • Perhatikan juga tangka bunganya, adakah memang bunga asli atau bunga potong yang ditancapkan.Ada penjual anggerik yang menipu pelanggan dengan menancapkan bunga potong pada anggerik sebenar yang belum berbunga, dengan niat agar nilai jualannya lebih tnggi.

No comments:

Post a Comment