Followers

Friday, May 20, 2011

Menjaga Kebersihan Persekitaran

Persekitaran sangat mempengaruhi perkembangan anggerik.Persekitaran yang kotor dan tidak terjaga akan  menggalakkan timbulnya pelbagai serangan hama dan penyakit.Tikus menyukai tempat yang kotor dengan banyak barang yang tidak terurus.Siput menyukai tempat yang basah dan lembab.

Agar persekitaran tetap bersih, secara rutin kita harus membersihkan pasu, rak, medium tanaman, rumah hijau, peralatan serta persekitaran anggerik.Akar, batang, daun kering haruslah dipotong menggunakan gunting dan pisau yang telah disteril untuk mencegah timbulnya kulat dan bakteria.Tanaman juga harus dibersihkan agar tidak digunakan sebagai sarang hama, seperti labah-labah.

No comments:

Post a Comment