Followers

Wednesday, May 18, 2011

Anggerik Buluh


 Anggerik ini termasuk anggerik tanah dan dikenali seperti buluh(Arudina graminifolia) dengan tinggi boleh mencapai 2 meter.Daunnya berbentuk pita menyerupai daun buluh.


Bunganya berbentuk tandan dan tumbuh di hujung batang secara tegak dan panjangnya kira-kira 30-40 cm.Warna bunganya beraneka, iaitu daripada putih, kuning, merah, merah muda hinggalah merah keungguan.


Anggerik ini tumbuh dengan baik di dataran rendah hingga ke dataran tinggi dengan ketinggian 2000m dari paras laut.Biasanya, ia tumbuh dengan baik di tempat yang terbuka dan sering ditemui di lereng-lereng bukit.

No comments:

Post a Comment