Followers

Thursday, May 5, 2011

Anggerik Oh Anggerik

Gongora truncata

Mengapa anggerik ditanam dan begitu diminati oleh ramai orang.Bukan sekadar pencinta tanaman hiasan.....bahkan, ada diantara mereka menjadi peminat fanatik kerana menyukai bunga anggerik tersebut.Malahan ada yang berhabis ribuan ringgit....hanya untuk mengumpul koleksi anggerik yang unik.

Dendrobium stratiotes

Anggerik mempunyai daya tarikan yang tersendiri.Bentuk bunga yang unik, ada yang bulat, runcing, bujur dan ada yang menyerupai kipas atau haiwan.Selain itu, bunga warna - warni dan corak abstrak yang sangat menarik akan menjadi penyeri taman.

Stanhopea

Anggerik juga sangat mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.Secara umumnya, sebahagian besar spesies anggerik mudah disesuaikan dengan kawasan pertumbuhan yang baru.Kecuali anggerik bulan (Phalaenopsis) yang memerlukan sedikit penjagaan khusus jika ditanam di kawasan dataran rendah.

Paphiopedilum exul

Tnaman anggerik juga memiliki nilai ekonomi yang sangat tinggi.Berbeza dengan tanaman hiasan yang lain, hingga kini....permintaan pelanggan  terhadap pasaran anggerik cukup stabil.

Phalaenopsis
Setiap orang mempunyai sebab yang kuat untuk memiliki anggerik...ada yang berpendapat...anggerik melambangkan kemewahan...ada juga yang mengatakan anggerik mempunyai nilai kormesil yang sangat tinggi....dan ada juga yang mengatakan anggerik ini adalah salah satu lambang kekuasaan ciptaan tuhan....semoga kita tergolong di dalam insan - insan yang bersyukur...kerana pendapat saya memiliki anggerik juga adalah suatu nikmat....heeeee...




No comments:

Post a Comment