You may start with one or two orchid on your windowsill, but the interest seldom stop there.Orchid can become so compelling that you will never have enough.There will always be just one more plant that you absolutely must have....
Followers
Tuesday, May 31, 2011
Sayang 1000 X Sayang.......
Ni diantara anggerik yg diminati dari dulu...tapi masa kat Cameron Highland ari tu tak dapat gak nak beli....kete dah penuh sangat2....isk...sayang2....tak boleh tido mlm dibuatnyer....ni la Phaius callosus .......anggerik ni tinggi 1-2 meter.Besar anggerik ni...memang puas hati....bunga bersaiz 4 inci...colorful pulak tu........takder rezeki....tp next time g CH mesti rembat bawak balik.....hik..hik..insyaallah....
Friday, May 27, 2011
Jom Cuci Mata Di Taman Orkid Kuala Lumpur 3
Jom....kita tengok pulak anggerik jenis Brassia, Laeliocattleya, Oncidium, Coelogyne....
boleh tahan tak?
racun...racun...
racun lagi....
lagi-lagi racunnn...
lagi....
dan lagi....
rasa teracun tak?
hik..hik....
thanks.....harap-harap teracun lah.....he..he..
Tuesday, May 24, 2011
Jom Cuci Mata Di Taman Orkid Kuala Lumpur 2
Rasa macam tak cukup racun lagi ni....jommmm...kita tengok vanda hibrid ni.......
Cun tak?
Macho tak?
Hensem tak?
Cantik tak?
Rasa teracun tak?
Jika tidak....tunggu gambar yang seterusnya....hik..hik..hik...
Monday, May 23, 2011
Jom Cuci Mata Di Taman Orkid Kuala Lumpur
Diantara Phalaenopsis hibrid yang ada di gerai jualan Taman Orkid KL......Jommm...
Cantik tak?
Menarik tak?
Rasa teruja tak?
Unik tak?
Rasa teracun tak?
Saturday, May 21, 2011
SAYA SERTAI BLOGLIST HARIS KAITO
YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!
Yaabeeedaabedoooo!!! Jom join...Jom join....jom join....sila klik banner di bawah sambil menjerit! SAYA SERTAI BLOGLIST HARIS KAITO!! jutaan terima kasih diucapkan kepada LindaRahim
Saya Tag
Milik Siapakah Anggerik Ini?
Anggerik ni milik Pn.LindaRahim...harap-harap hidup segar lg la anggerik ni....dulu pernah tanya Pn.LindaRahim kenapa pilih anggerik.....Pn.LindaRahim menjawab dengan berseloroh.. pokok anggerik ni melambangkan kemewahan...kita kena kumpul dari sekarang....nanti kalau ader rumah banglo besar..boleh susun kat depan rumah...aperpun setiap penggemar anggerik mempunyai sebab tersendiri...bagaimana pula dengan anda?...bermulalah dengan 1 atau 2 anggerik dahulu...dan keseronokan itu akan bertambah dari sehari ke sehari...dan comfirm jadik penggemar tegar cam saya...hik...hik...luper pulak nak tanya Pn.LindaRahim ade berapa banyak dah koleksi anggerik sekarang....aperpun jom kita skodeng beberapa koleksi anggerik hibrid Pn.LindaRahim....
Penyakit Busuk Pucuk
Busuk pucuk disebabkan oleh serangan kulat Sclerotium rolfsiisacc.Kulat ini akan menyerang seluruh bahagian anggerik.Bahagian yang diserang akan menguning dan kemudiannya berubah menjadi coklat berbintik kecil.Lama-kelamaan anggerik akan tumbang dengan akar yang busuk.Daun anggerik yuang masih segar akan tercabut dari pangkalnya kerana pangkalnya sudah busuk.Kebiasaan anggerik yang diserang adalah Phalaenopsis, Cymbidium dan Spathoglotis.
Penyakit Busuk Akar
Ia disebabkan oleh kulat Rhizoctonia solani yang menyerang bahagian akar anggerik, terutamanya Dendrobium, Cattleya, Phalaenopsis, Vanda dan Paphiopedilum.Pakis yang telah lapuk merupakan medium yang mengguntungkan bagi pertumbuhan kulat ini.Serangan bermula pada leher akar dan kemudian merebak ke bahagian rizom dan umbi semu.Bahagian anggerik yang di serang haruslah dipotong dan dibakar.Setelah itu semburkan fungisid ke seluruh permukaan anggerik.
Penyakit Busuk Hitam
Kulat Phytopthora omnivora, Phytophthora palmivora dan Phytophthora cartarum adalah penyebab kepada penyakit busuk hitam.Penyakit busuk hitam sering menyerang Phalaenopsis, Cattleya, Oncidium dan Dendrobium.Penyakit ini boleh muncul sepanjang tahun, terutamanya pada musim hujan.Daun akan menjadi hitam, busuk, lembik, dan mati.Serangan bermula daripada akar, hingga ke umbi semu dan akhirnya daun.Kebiasaan penyakit ini diatasi dengan fungisid.
Friday, May 20, 2011
Kenali Musuh Anggerik Anda !
Perhimpunan Agong Persatuan Anggerik
Pada Perhimpunan Agong Persatuan Anggerik yang diadakan di ibukota,mereka telah membuat keputusan sebulat suara untuk mengeluarkan gambar dan nama musuh-musuh mereka.Keputusan ini telah diambil kerana semakin banyak anggerik yang berada di dalam rawatan kritikal akibat serangan.
Semut
Ulat Daun
Belalang
Anai-anai
Tikus
Kutu Perisai (coccoidea)
Lipan
Kepik Anggerik
Siput (Stylommatophora)
Kumbang Gajah (Orchidophilis aterrimus)
Red Spider Mite
Lipas
Thirps
Perawatan Kesihatan
Rawatan kesihatan boleh dilakukan dengan cara penyiraman yang teratur, penyusunan medium tanaman dan pencantasan bahagian tanaman yang sakit.Penyiraman hanya perlu dilakukan apabila medium dan akar anggerik mula kering.Kita juga harus memastikan supaya tiada takungan di dalam psu tanaman kerana ia akan menyebabkan gangguan pada anggerik.Kekerapan dan jumlah siraman perlulah disesuaikan mengikut keadaan persekitaran.Pada musim hujan anggerik tidak perlu disiram, tetapi pada musim kemarau anggerik perlulah disiram secukupnya.Air yang sesuai untuk penyiraman anggerik haruslah mempunyai tahap keasidan (pH) sekitar 5-6.
Penyusunan medium tanaman tidak boleh terlalu padat kerana ia akan mengganggu proses kemasukan angin dan sistem pengaliran.Medium tanaman yang terlalu lama digunakan hendaklah diganti untuk mengelakakn kulat.Medium yang lama masih boleh digunakan dengan syarat ia telah dibersihkan secukupnya.Pembersihan medium boleh dilakukan dengan cara merebusnya di dalam air mendidih selama 30 minit.
Bahagian tanaman yang sudah terkena penyakit dan sukar disembuhkan hendaklah segera dipotong dan dibakar.Pemotongan haruslah menggunakan peralatan yang tajam, bersih dan sudah diseteril.
Penyusunan medium tanaman tidak boleh terlalu padat kerana ia akan mengganggu proses kemasukan angin dan sistem pengaliran.Medium tanaman yang terlalu lama digunakan hendaklah diganti untuk mengelakakn kulat.Medium yang lama masih boleh digunakan dengan syarat ia telah dibersihkan secukupnya.Pembersihan medium boleh dilakukan dengan cara merebusnya di dalam air mendidih selama 30 minit.
Bahagian tanaman yang sudah terkena penyakit dan sukar disembuhkan hendaklah segera dipotong dan dibakar.Pemotongan haruslah menggunakan peralatan yang tajam, bersih dan sudah diseteril.
Menjaga Kebersihan Persekitaran
Persekitaran sangat mempengaruhi perkembangan anggerik.Persekitaran yang kotor dan tidak terjaga akan menggalakkan timbulnya pelbagai serangan hama dan penyakit.Tikus menyukai tempat yang kotor dengan banyak barang yang tidak terurus.Siput menyukai tempat yang basah dan lembab.
Agar persekitaran tetap bersih, secara rutin kita harus membersihkan pasu, rak, medium tanaman, rumah hijau, peralatan serta persekitaran anggerik.Akar, batang, daun kering haruslah dipotong menggunakan gunting dan pisau yang telah disteril untuk mencegah timbulnya kulat dan bakteria.Tanaman juga harus dibersihkan agar tidak digunakan sebagai sarang hama, seperti labah-labah.
Agar persekitaran tetap bersih, secara rutin kita harus membersihkan pasu, rak, medium tanaman, rumah hijau, peralatan serta persekitaran anggerik.Akar, batang, daun kering haruslah dipotong menggunakan gunting dan pisau yang telah disteril untuk mencegah timbulnya kulat dan bakteria.Tanaman juga harus dibersihkan agar tidak digunakan sebagai sarang hama, seperti labah-labah.
Wednesday, May 18, 2011
Anggerik Buluh
Anggerik ini termasuk anggerik tanah dan dikenali seperti buluh(Arudina graminifolia) dengan tinggi boleh mencapai 2 meter.Daunnya berbentuk pita menyerupai daun buluh.
Bunganya berbentuk tandan dan tumbuh di hujung batang secara tegak dan panjangnya kira-kira 30-40 cm.Warna bunganya beraneka, iaitu daripada putih, kuning, merah, merah muda hinggalah merah keungguan.
Anggerik ini tumbuh dengan baik di dataran rendah hingga ke dataran tinggi dengan ketinggian 2000m dari paras laut.Biasanya, ia tumbuh dengan baik di tempat yang terbuka dan sering ditemui di lereng-lereng bukit.
Subscribe to:
Posts (Atom)