Followers

Friday, February 4, 2011

Ciri-Ciri Morfologi

1.Akar
Akar anggerik lembut,mudah patah,berlendir dan agak melekit.Bentuknya meruncing di bahagian hujung.Anggerik jenis monopodial memiliki akar berudara yang bewarna hijau, hijau keputihan atau kuning kecoklatan.Akar ini berfungsi menyedut air terus daripada udara.

2.Batang
Ada dua jenis pertumbuhan batang anggerik, iaitu jenis monopodial dan simpodial.Anggerik jenis monopodial umumnya mempunyai batang yang tunggal, dengan pertumbuhan batang yang lurus dan tidak terhad.Sementara itu,pertumbuhan hujung batang bagi anggerik jenis simpodial adalah terhad hingga mencapai ketinggian maksima, dan seterusnya akan tumbuh pucuk baru pada rizom induk.

3.Daun
Bentuk daun anggerik berbeza-beza,bergantung pada variasinya.Secara umum, bentuknya daripada kurus memanjang hinggalah kepada bulat memanjang.Kedudukan pertumbuhan daun anggerik adalah saling berhadapan atau berpasanagn, dan tersusun pada ruang batang.

4.Bunga
Bunga anggerik boleh muncul di bahagian pucuk tanaman (acranthe) atau di antara helaian daun (pleuranthe).Bunga anggeri tersusun kepada beberapa bahagian, meliputi kelopak bunga, daun, benang sari,putik dan ovari.

5.Buah dan Biji Anggerik
Buah anggerik memiliki bentuk ringkas berbelah enam.Ketika matang, ia akan merekah dengan sendirinya.Sementara itu, bentuk biji anggerik sangat kecil dan mempunyai jumlah mencevah ribuan biji.Biji anggerik tidak mempunyai endosperm(pola makanan), sehingga sangat bergantung pada cendawan mikoriza untuk terus hidup dan menghasilkan makanan.Secara semulajadi, percambahan anggerik sanagat sukar terjadi tanpa bantuan cendawan ini.