Followers

Showing posts with label Paphiopedilum. Show all posts
Showing posts with label Paphiopedilum. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Anggerik Sandal Nona


Paphiopedilum exul ni....diantara koleksi yang dibeli secara kongsi dgn dengan ibu mertuaku....tapi masih tak dipecahkan pasu lagi kerana di rumah KL dah penuh sangat dengan angggerik...so tinggal la pokok ni kat AS...


Anggeri ini berasal dari Thailand...Saiz bunga lebih kurang 3"...dan bunga tahan lebih sebulan....memerlukan tempat yang teduh dan terlindung...Daun dan akar yang tebal, kerana ia berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan...Yang paling penting bunganya mempunyai warna yang sangat terang dan mempunyai bentuk yang sangat unik......tahun ni dah 2 kali berbunga....heeee..

Saturday, November 6, 2010

Akhirnya berbunga...





Anggerik ini berasal dari hutan dataran rendah di Terengganu, Malaysia.Setelah 3 bulan menunggu....akhirnya berbunga.Jika dijaga dengan baik, bunganya boleh tahan sehingga 3-4 minggu.Melihat ukuran, bentuk dan warna, anggerik ini mempunyai penampilan yang sangat unik dan menarik.
Sebahagian besar anggerik Paphiopedilum adalah anggerik tanah dan sebahagian lainnya merupakan anggerik epifit yang melekat di cabang-cabang pokok.Anggerik ini sangat menyukai tempat-tempat yang teduh atau terlindung dan kebanyakkannya hidup di dataran tinggi.Anggerik ini juga dikenali dengan nama anggerik sandal nona atau "lady slipper" kerana bibir bunganaya yang tumbuh kelihatan seperti kantung besar yang menyerupai sebuah sandal.